03-8766 8935 / 36 info@beranang.kpm.edu.my Isnin–Jumaat, 8.00 pagi – 5.00 petang

Diploma in Accounting + Data Analytics (DIA+DA)

MQA/FA 0531 Kluster: Perakaunan dan Percukaian Kod Program: DIA Tempoh Pengajian: 2 tahun (6 semester)

Program Diploma in Accounting + Data Analytics telah dibangunkan untuk menambah pengetahuan dan kemahiran pelajar lulusan ini dengan pengalaman pendidikan yang bersepadu dalam pelbagai disiplin dan subbidang perakaunan seperti kewangan, percukaian, perakaunan kos & pengurusan, pengurusan, teknologi maklumat, keusahawanan dan perkembangan interpersonal. Pelajar akan dilengkapi dengan kemahiran perakaunan dan pengurusan yang sesuai dengan persekitaran perniagaan bagi membina kerjaya mereka dalam bidang perakaunan yang merangkumi keseluruhan spektrum aktiviti komersial dan kerajaan.

Objektif program ini adalah untuk menyediakan pendidikan perakaunan di peringkat profesional bagi memenuhi permintaan sektor awam dan sektor swasta. Program ini juga dirancang dengan penandaarasan bersama badan profesional perakaunan antarabangsa iaitu Association of Chartered Certified Accountants (ACCA). Pelajar akan dianugerahkan Diploma in Accounting + Data Analytics di akhir pengajian.

Syarat Kelayakan

Sekurang-kurangnya KEPUJIAN dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dalam tiga (3) subjek termasuk:

  • Bahasa Melayu
  • Matematik
  • Satu (1) subjek lain

LULUS:

  • Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya Gred D / Intensive English Program minimum Gred C (keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris)

Prospek Kerjaya

  • Accounting Technician
  • Accounts Assistant
  • Accounts Executive Assistant
  • Accounts Payable / Receivable Clerk
  • Audit Assistant
  • Accounting Team Supervisor
  • Finance Executive
  • Management Trainee
  • Taxation Agent

Hasil Pembelajaran Program (PLO)

Program Diploma in Accounting ini akan menghasilkan pentadbir perakaunan yang:

  1. PLO1

    Memperoleh dan mengaplikasi pengetahuan perakaunan dalam menyediakan pelaporan perakaunan.

    Pengetahuan (knowledge)
  2. PLO2

    Memperoleh dan mengaplikasi kemahiran teknikal perakaunan dalam menyediakan pelaporan perakaunan.

    Kemahiran praktikal (practical)
  3. PLO3

    Memperoleh dan mengaplikasi nilai-nilai sosial dalam memberi khidmat kepada komuniti dan pihak-pihak berkepentingan selari dengan tanggungjawab dalam profesion perakaunan.

    Sosial (social)
  4. PLO4

    Kebolehan bertindak secara bertanggungjawab, beretika dan profesional selaras dengan kod tatalaku akauntan.

    Etika (ethics)
  5. PLO5

    Berfungsi secara individu atau berkumpulan dan berkomunikasi dengan berkesan dalam bentuk lisan dan penulisan dalam kalangan pentadbir perakaunan, akauntan, ahli-ahli profesional serta komuniti yang berkepentingan dalam menyampaikan maklumat.

    Komunikasi & kerja berpasukan (communication & teamwork)
  6. PLO6

    Keupayaan untuk membuat keputusan secara analitis dan kritis berasaskan pengetahuan sedia ada, perkembangan semasa serta faktor-faktor lain yang berkaitan.

    Pemikiran kritis (critical thinking)
  7. PLO7

    Berkeupayaan untuk memperoleh dan mengemas kini pengetahuan yang berasaskan perkembangan perakaunan semasa (GAAP) selaras dengan perspektif badan profesional perakaunan.

    Pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning)
  8. PLO8

    Berdaya saing serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan menunjukkan sifat kebertanggungjawaban kepimpinan yang berkesan untuk pembangunan kerjaya.

    Keusahawanan & kemahiran pengurusan (entrepreneur & managerial skills)

Matlamat Program (PEO)

Program Diploma in Accounting adalah untuk melahirkan pembantu pegawai perakaunan yang:

  1. PEO1

    Berpengetahuan dan berkemahiran dalam disiplin perakaunan selari dengan keperluan industri.

    Pengetahuan (LO1)Kemahiran praktikal (LO2)
  2. PEO2

    Berkomunikasi secara berkesan dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik dalam sesebuah organisasi.

    Komunikasi (LO5)Kemahiran kepimpinan (LO3)
  3. PEO3

    Berupaya menyelesaikan masalah dalam bidang kewangan dan perakaunan secara efisien dan beretika dalam pelbagai keadaan.

    Penyelesaian masalah (LO6)Etika (LO4)
  4. PEO4

    Menunjukkan kemahiran keusahawanan dan sentiasa berusaha untuk pembangunan kerjaya.

    Kemahiran keusahawanan (LO8)Pembelajaran sepanjang hayat (LO7)

Struktur Program

Pilih sesi ambilan untuk melihat struktur program. Klik pada jadual untuk zum.

Untuk pelajar Sesi 2 2025/2026 (Ambilan Julai)

Dikemas kini pada 10 Julai 2025

Muat turun PDF