Piagam Pelanggan
Bahagian Pengajian Tinggi, Kolej Profesional MARA, Kolej MARA
- Membangun dan melaksanakan Program Pendidikan Tinggi berkualiti yang memenuhi keperluan industri serta menepati piawaian badan pengiktiraf dan badan profesional.
- Melaksanakan kajian pasaran bagi meneroka keperluan pembangunan program pengajian baharu.
- Mewujudkan rakan industri untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.
- Menjamin kualiti pendidikan berterusan di IPMA melalui sistem penilaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Majlis Amanah Rakyat (MARA), badan pengiktiraf dan badan profesional.
- Melaksanakan program kokurikulum untuk meningkatkan potensi dan bakat pelajar.
- Membangunkan sahsiah pelajar untuk melahirkan graduan yang holistik, mempunyai nilai keusahawanan dan berketerampilan.
- Menyediakan tenaga kerja yang kompeten, berintegriti dan amanah untuk menjamin penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.
- Menyediakan kemudahan infrastruktur dan infostruktur untuk mewujudkan suasana kampus kondusif dan selamat.