03-8766 8935 / 36 info@beranang.kpm.edu.my Isnin–Jumaat, 8.00 pagi – 5.00 petang

Diploma in Business Studies (DBS)

MQA/FA 0532 Kluster: Perniagaan dan Pentadbiran Kod Program: DBS Tempoh Pengajian: 2 tahun (6 semester)

Program ini dibangunkan dengan memberi penekanan kepada pembelajaran terkini dan secara amali yang lebih sesuai dengan keperluan pihak industri. Antara kemahiran asas yang terlibat adalah seperti pentadbiran perniagaan, pengurusan sumber manusia dan aplikasi teknologi maklumat dalam menguruskan perniagaan. Program ini juga menumpukan kepada kemahiran numerasi termasuk Matematik Perniagaan, Statistik dan Perakaunan Kewangan.

Selain daripada itu, program ini juga dirancang untuk menghasilkan tenaga kerja yang beretika dan kompeten agar dapat mempraktikkan pengetahuan dalam pelbagai bidang pengurusan. Sejajar dengan visi dan misi MARA, program ini memberi peluang kepada graduan untuk menjadi pengurus yang berjaya dengan mempunyai minda dan nilai keusahawanan yang sentiasa inovatif dan proaktif.

Syarat Kelayakan

Memperoleh sekurang-kurangnya 3 KEPUJIAN dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf termasuk subjek:

  • Bahasa Melayu
  • Dua (2) subjek lain

LULUS:

  • Matematik
  • Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya Gred D

Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat Kepujian (Gred C dan ke atas) dalam subjek Bahasa Inggeris.

Calon yang mendapat Gred D dalam Bahasa Inggeris perlu lulus Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) dengan minimum Gred C.

Prospek Kerjaya

  • Pembantu Pentadbir
  • Pembantu Penyelia Pengeluaran
  • Pembantu Eksekutif Sumber Manusia
  • Pembantu Kewangan
  • Pembantu Penyelia Pentadbiran
  • Pembantu Eksekutif Korporat
  • Pembantu Eksekutif Pemasaran & Jualan

Hasil Pembelajaran Program (PLO)

Setelah berjaya menamatkan program, graduan akan dapat:

  1. PLO1

    Menerangkan konsep dan teori yang berkaitan dalam pengajian perniagaan.

    Pengetahuan & kefahaman (C)
  2. PLO2

    Menganalisis isu dan penyelesaian dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah perniagaan.

    Kemahiran kognitif (C)
  3. PLO3

    Mengaplikasi kemahiran praktikal dan kefahaman teori dalam konteks perniagaan.

    Kemahiran praktikal (P)
  4. PLO4

    Menunjukkan kerja berpasukan serta kemahiran interpersonal dan sosial dalam persekitaran perniagaan.

    Kemahiran interpersonal (A)
  5. PLO5

    Berkomunikasi secara berkesan dalam bentuk lisan dan bertulis dalam pelbagai situasi perniagaan.

    Komunikasi (A)
  6. PLO6

    Menggunakan aplikasi dan teknologi digital dalam aktiviti pengajian perniagaan.

    Kemahiran digital (C, P)
  7. PLO7

    Menggunakan kemahiran numerasi yang sesuai dalam membuat keputusan perniagaan.

    Kemahiran numerasi (C)
  8. PLO8

    Menunjukkan kualiti kepimpinan yang berkesan dengan tahap tanggungjawab dan autonomi tertentu ke arah mencapai matlamat.

    Kepimpinan, autonomi & tanggungjawab (A)
  9. PLO9

    Melibatkan diri dalam pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat untuk pembangunan akademik dan kerjaya.

    Kemahiran peribadi (A)
  10. PLO10

    Menunjukkan kemahiran keusahawanan dalam mengurus aktiviti perniagaan.

    Kemahiran keusahawanan (A)
  11. PLO11

    Menunjukkan tatalaku perniagaan yang beretika dan profesional dalam melaksanakan tanggungjawab.

    Etika & profesionalisme (A)

Domain Hasil Pembelajaran MQF 2.0: (C) Kognitif · (P) Psikomotor · (A) Afektif

Matlamat Program (PEO)

Dalam tempoh beberapa tahun selepas berjaya menamatkan program, graduan akan:

  1. PEO1

    Mengaplikasi pengetahuan pengajian perniagaan dan berkemahiran teknikal selaras dengan keperluan amalan perniagaan.

    Pengetahuan (LO1)Kemahiran teknikal (LO2)Amalan perniagaan (LO3)
  2. PEO2

    Memimpin dan bekerja dalam pasukan melalui kemahiran komunikasi yang berkesan serta nilai-nilai etika.

    Kepimpinan (LO8)Kerja berpasukan (LO4)Komunikasi (LO5)Etika (LO11)
  3. PEO3

    Mengaplikasi kemahiran numerasi dan teknologi digital dalam menyelesaikan isu perniagaan.

    Numerasi (LO7)Teknologi digital (LO6)
  4. PEO4

    Membangunkan diri secara berterusan dengan minda keusahawanan untuk kemajuan akademik dan kerjaya yang cemerlang.

    Pembangunan kendiri (LO9)Minda keusahawanan (LO10)

Struktur Program

Struktur program Diploma in Business Studies akan dikemas kini tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Jabatan Pengurusan Perniagaan di 03-8766 8935 / 36.